SERONOKNYA CASIO DATANG SEKOLAH 🤩

BENGKEL PENGGUNAAAN KALKULATOR SAINTIFIK 2023

✅KHAMIS

✅19/1/2023

✅DEWAN SULTANAH,SMK SULTANAH ASMA

✅SASARAN: PELAJAR TINGKTAN 2&3

✅ANJURAN: PANITIA MATEMATIK & CASIO MALAYSIA 

Alhamdulillah, mendapat kunjungan dari wakil CASIO MALAYSIA, PUAN NUR ATIKAH BT. AB. RANI.

Dan buat pertama kalinya Cikgu Atie bersemuka dengan Puan Atikah setelah sekian lama berkenalan di alam maya.

Dalam bengkel ini, pelajar didedahkan dengan penggunaan kalkukator saintifik fx-570ms dan yang paling tertungu-tunggu semestinya classwizz fx-570ex. Alaa yang putih tu..🤩


Walaupun saya bukan sepenuhnya berada di dalam dewan kerana ada kelas lain, tetapi saya yakin pelajar  seronok mengetahui rahsia-rahsia classwizz😋

Dan dua jam terasa begitu singkat..

Moga ada sambungan lagi nanti🤩

Terima kasih Puan Atikah. 

Terima kasih Casio Malaysia. 

Terima kasih Teacher Reen yang mengaturkan bengkel ini.


"alaaa cikgu, tak acilah macam ni.. Syokla depa.. Kami belajar sendiri saja.." ujar salah seorang tingkatan tingkatan 5. Ada bau-bau cemburu di situ..😝











Previous Post Next Post